Categories
Uncategorized

PROPOSAL MENJADI VENDOR ELTY SHOP

PROPOSAL MENJADI VENDOR ELTY SHOP

Mengenai ELTY SHOP

Eltyshop merupakan salah satu kedai yang diwujudkan di platform www.eltycafe.com. Eltyshop merupakan sebuah kedai atas talian yang turut menjadi platform yang akan menghubungkan antara pelanggan dan vendor, seterusnya menyediakan khidmat penghantaran. Elty Shop ini dimiliki oleh syarikat Elty Delivery Services PLT, anak syarikat Elty Holdings Sdn Bhd.

Eltyshop berperanan sebagai kedai penyedia platform yang akan menjalankan kerja-kerja pemasaran dan jualan. Ini bertujuan untuk membantu vendor meningkatkan lagi jualan.

Eltyshop juga dibangunkan untuk memudahkan pelanggan membuat pesanan seterusnya menghubungkan tempahan kepada vendor dan runner untuk tujuan penghantaran (jika menggunakan khidmat penghantaran). Eltyshop menyediakan platform yang senang dan sistematik kepada pelanggan.

Sebagai permulaan, Elty Shop ini akan bermula dengan menggunakan website www.eltycafe.com dan page Elty cafe, maka, data yang dikongsikan adalah data lepas Elty cafe.

Bidang Tugas Elty Shop:

  1. Menjalankan kerja-kerja pemasaran.

 

a) Menggunakan Facebook Marketing, email marketing dan sms marketing

c) Menjalankan pemasaran luar talian (Offline)

d) Sediakan website khas untuk memudahkan pelanggan membeli.

2. Menjalankan kerja-kerja jualan menggunakan sistem

 

3. Menjalankan kerja-kerja penghantaran tempahan. 

 

Bidang tugas vendor:

  1. Menyediakan tempahan pelanggan.

a) Terima tempahan melalui email atau group telegram.

b) Sediakan tempahan mengikut maklumat daripada email atau telegram.

 

Kesimpulan

Demikianlah gambaran keseluruhan bagaimana sistem kerja di Eltyshop. Ianya bermula daripada kempen pemasaran yang dijalankan oleh Elty shop, kemudian penyediaan platform untuk tempahan yang memudahkan pelanggan seterusnya sistem penerimaan tempahan yang diterima vendor. Kemudian, disokong dengan pasukan runner daripada Elty shop.

Dengan pengaplikasian sistem kerja seumpama ini, Elty Shop sedang menonjolkan 2 nilai utama iaitu senang dan sistematik.

 

Berikut merupakan terma dan syarat asas untuk menjadi vendor Eltycafe:

  • Perlu mematuhi syarat dan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Eltyshop.
  • Menjaga nama baik Eltyshop.
  • Bersetuju dengan Eltyshop bahawa, pihak Eltyshop akan mengenakan komisyen sebanyak 10% daripada jualan sebagai upah dan bagi menampung kos melaksanakan semua bidang tugas Eltyshop (rujuk bidang tugas Elty shop).
  • Selain itu, vendor bersetuju untuk membayar yuran penyertaan sebanyak RM50.00 sekali seumur hidup. Bayaran ini termasuk bayaran untuk satu pelekat Eltyshop + satu bunting Eltyshop.
  • Vendor boleh terdiri pemilik atau ejen produk.
  • Vendor mestilah memastikan kualiti barang bersesuaian dengan harga jualan.

 

Sebarang pertanyaan, boleh email kami ke [email protected] atau hubungi kami di talian 012 843 8105/0128684207

Jika berminat, mohn sekarang.

Klik: Mohon sekarang!

 

PROMOSI!!

Tiada yuran Penyertaan

Tiada komisyen jualan. 

Tawaran ini akan tamat pada 31/12/2020.

MASUKKAN KOD KUPON “ELTYSHOP” PADA BORANG TEMPAHAN UNTUK DAPATKAN FREE YURAN PENYERTAAN.